Tuesday, November 2, 2010
Hujan Oh Hujan...
Dari pagi sampai ke malam...dari malam sampaila ke pagi....aluanan hujan masih berderu mencurah...suasana malam memang dah sejuk gile membuatkan tido semakin lena...uhhh...best...akan tetapi bila tiba pagi je...huhhh....memang tak selesa sangat sebab aku terpaksa meredah hujan untuk sampai ke pejabat ( aku pergi kerja naik motor je)....
Mata dah mengantukla plak..maklumla hujan macamni....ok..sampai sini je la hasil tangan aku untuk malamnie...
Sunday, August 29, 2010
Mimpi...Mainan/Permainan tido.....
"susah betul mata nie nk lelap..padahal tadi bukan main lagi tak nak buka masa layan drama"
pusing kanan..pusing kiri..akhirnya masuklah aku ke alam separuh sedar...dalam keadaan separuh sedar ..tiba-tiba aku didatangi oleh seorang lembaga dan dari sifat luarannya aku memang kenal sangat dengan lembaga ini..
dengan pantas dia menyapa "bang ...esok traning 120km ke nk bt ITT ( individual time trail)..?"
"ermm...esok kite buat ITT la..ari ni kite kayuh 120km"
aku pun sama - sama bersiap untuk berkayuh dengan budak - budak ( KelantanCyclingTeam) , lebih kurang 1jam kami berkayuh..tetiba basikal aku hilang kawalan dan aku terbabas ke dalam sebuah gaung yang agak curam...
aku cuba gagahkan diri untuk bangun tapi tidak berdaya..bile aku buka mata,keadaan sekeliling aku gelap gelita ..1 biasan sinar ultra-violet pom xnampak...
aku semakin sukar untuk bernafas.....terasa dadaku dihentak...
dan terdengar suara sayup memanggil nama aku " bang...oh bang..bangunla....umah kite xde bekalan letrik nie..amanda tak bleh nak tido..banyak sangat nyamuk"...
bile aku buka je mata..."cehh..rupanya bini aku kejutkan aku sebab umah aku terputus bekalan letrik dan membuatkan anak aku baru nak membesar tu tak dapat nak tido.."
aku capai enset dan jam di enset menunjukkan 3.30 a.m.....adusss....kacau betol..dengan pantas aku menekan 15454 ( talian kecemasan TNB bagi melaporkan kerosakan )..
tak sampai 20minit selepas aduan aku..lampu..kipas dan semua perkakasan letrik sudah mula berfungsi...Terima Kasih TNB..jasamu ku kenang..hehe
""""
lembaga - raja putra taqiuddin ( mu pom ade watak jgk dlm mimpi aku)
amanda - satu - satu puteri kesayangam aku..hehe
Friday, August 27, 2010
Hmm.....
Dan dari situla timbul minat aku untuk aktif balik dalam dunia blogger..haha.Berbalik kita pada mamat jambu yang bernama zackzukhairi tu, aku tersangatla gembira bila mentelaah hasil kerja tangan beliau.Zack seorang yang sangat kreatif dalam hasil kerja tangan beliau,para peminat dunia blogger nie pasti tak jemu untuk menatapi hasil kerja tangan beliau.
Insyaallah..satu hari nanti aku nak juga berguru dengan budak jambu nie dalam menghasil blog yang hebat tapi sudikan beliau untuk mengajar aku ni yang memang kurang ajaran dalam dunia blogger nie...wahaha.
Aku nak ucapankan "selamat maju jaya kepada zackzukhairi" itu pun kalu dia terbaca blog aku yang tak seberapa...