Sunday, August 29, 2010

Mimpi...Mainan/Permainan tido.....

Semalam aku rasa penat sangat,lepas je layan drama melayu kat Tv3 ( tak sempat abis pom tengok ) hehe...aku masuk bilik untuk melabuhkan tubuh yang kepenatan tahap gaban dan pada masa yang sama anak dan wife aku dah pun lena dibuai mimpi..



"susah betul mata nie nk lelap..padahal tadi bukan main lagi tak nak buka masa layan drama"

pusing kanan..pusing kiri..akhirnya masuklah aku ke alam separuh sedar...dalam keadaan separuh sedar ..tiba-tiba aku didatangi oleh seorang lembaga dan dari sifat luarannya aku memang kenal sangat dengan lembaga ini..



dengan pantas dia menyapa "bang ...esok traning 120km ke nk bt ITT ( individual time trail)..?"


"ermm...esok kite buat ITT la..ari ni kite kayuh 120km"

aku pun sama - sama bersiap untuk berkayuh dengan budak - budak ( KelantanCyclingTeam) , lebih kurang 1jam kami berkayuh..tetiba basikal aku hilang kawalan dan aku terbabas ke dalam sebuah gaung yang agak curam...

aku cuba gagahkan diri untuk bangun tapi tidak berdaya..bile aku buka mata,keadaan sekeliling aku gelap gelita ..1 biasan sinar ultra-violet pom xnampak...

aku semakin sukar untuk bernafas.....terasa dadaku dihentak...

dan terdengar suara sayup memanggil nama aku " bang...oh bang..bangunla....umah kite xde bekalan letrik nie..amanda tak bleh nak tido..banyak sangat nyamuk"...

bile aku buka je mata..."cehh..rupanya bini aku kejutkan aku sebab umah aku terputus bekalan letrik dan membuatkan anak aku baru nak membesar tu tak dapat nak tido.."

aku capai enset dan jam di enset menunjukkan 3.30 a.m.....adusss....kacau betol..dengan pantas aku menekan 15454 ( talian kecemasan TNB bagi melaporkan kerosakan )..

tak sampai 20minit selepas aduan aku..lampu..kipas dan semua perkakasan letrik sudah mula berfungsi...Terima Kasih TNB..jasamu ku kenang..hehe

""""

lembaga - raja putra taqiuddin ( mu pom ade watak jgk dlm mimpi aku)

amanda - satu - satu puteri kesayangam aku..hehe


No comments:

Post a Comment